Pages

Followers

2011/05/21

sedih :(

lame x updates blog.. sawang dah penuh xau... tapi hari ni aku ase nak updates juga.. siyes aku sedih dgn encik aa ni.. napa la die xfaham aku.. aku rela duk umah sorang2 demi nak jaga hati dia.. die bagi aku g mane2...mula2 die ckp jer bagi..bila aku dah pergi dia akan cari salah aku..aku rela xpergi.. sebab aku syg dia sangat2,, tapi ape die wat kat aku?? marah aku coz memang aku yang wat salah.. tapi salah aku adalah bukan salah aku.. pening ayat..hahaha... tolonglah wahai encik aa yang aku syg.. kot yer pom nak marah aku.. sesabar la.. aku dah la kesunyian.. marah2 aku lak.. patut ker??? next time nak marah tgk keadaan tau.. jangan main marah jer tanpa fikir.. pastu die xnak contact ngn aku sebab die ckp aku wat die stress?? aku stress ni ada die pk?? die stress xpe la tgh cuti.. yang aku ni tengah bergelut nak ambil EXAM LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA ada die kisah?? adui... sabar la.. papepum mmg aku syg encik aa aku tu..

2011/05/10

selipar kesayangan aku hilang :(

hye every1.. hari ni aku sedih sangat2 coz my selipar PINK hilang.. ada gak selipar yang aku simpan dalam umah sendiri boleh hilang... LOGIKKAH??? siapa yang ambil??? babi???? alamak umah aku xda lak nampak babi.. anjing??? ada anjing tapi kat umah cina..tapi pintu umah tertutup jer an??? huhuu..tolonglah wahai manusia yang ambil selipar aku tanpa pengetahuan aku.. tolong pulangkan selipar pink aku.. aku sayang sangat selipar tu.. lau ko xda duit nak beli selipar mahal2 tapi nak bergaya dengan selipar comey.. cakap la kat aku..aku bagi la lau nak pinjam.. aku xmarah pun... tolonglah pulangkan selipar aku... sape yang ambil?? aku xkan halalkan hidup ataupun mati sape yang ambil selipar kesayangan aku tu.. lau nak rembat selipar adidas pink.. kasut crocs.. kasut power.. selipar vincci.. selipar nose.. kasut nautini..aku xkisah sebab aku jarang pakai.. 


2011/05/08

asyik kene marah...:(

jumaat semalam aku assist doktor syakir...die ni m.o...haha..h.o tahan lg..ni berlagak nak assist m.o..aku kene marah,..hehehe...cuak gak..doktor tu stail cakap slow...aku buat apa dia minta...tapi die soal balik aku tersalah cakap..huhuhu..that y kene marah...malu tu xda la coz perkara biase...pastu ak terus choww...

hari ni lak 1st day kat 4A UROLOGI..staff nurse 2 org..student 3 org..patient sorang...mau tergelak aku...
tp gua kene marah sama sister free hair...aku ase sume oang knl die...sister from h.d.w tukar i.c.u....dah tua nampak uban dah tapi still xmau pakai tudung...ahhh lantak die la...yang aku geram die nak marah staff die tapi tetibe marah aku n kak fiza...tension...orang len sabtu ahad relax kat umah...aku jadi ape kat hospital???? jadi student nurse la...tapi aku redha la...doakan aku berjaya...

2011/05/01

andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.