Pages

Followers

2011/12/01

sumpah seranah dari orang yang kita sayang

hari ni 2nd day trial exam, so far makin naik markah, alhamdulillah.
1st 59/100.. 2nd 70/95.. L.J.M bakal menjelma.. 14 hari je lagi.. YA ALLAH, adakah aku benar2 bersedia?? insyaALLAH berkat ada D.U.I.T.. doa, usaha, iktikad, tawakkal. semua berjalan dgn lancar.. amin..

kenapa tajuk sumpah seranah??? kisah aku ni sedih +++++ sehinggakan ritma jantung aku terhenti seketika sewaktu berbual dengan si dia.. YA TUHAN, mengapa orang yang kita paling sayang yang membuatkan kita paling sedih?? sungguh besar dugaan hidup.. YA ALLAH, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya, Aku redha jika aku yang engkau pilih untuk menerima dugaan ini YA ALLAH.

Ini kali ke-3 aku mengambil lesen L.J.M.. Eh kenapa kali ke-3??? sebab aku failed, 1st untuk bulan jun, 2nd aku failed lagi untuk bulan september. Ni adalah peluang terakhir untuk aku mengejar cita2 aku untuk menjadi seorang jururawat.. Kenapa sampai failed 2x, itu adalah nasib dan bukan rezeki aku.. Aku bukan xstudy, bukan xpandai tapi lecturer aku selalu cakap, bukan rezeki lagi.. Sometimes perasaan malu tu ada dalam diri bila kawan2 tanya, ko dah kerj ker?? Aku hanya mampu menjawab, belum rezeki lagi












okey kita sambung cerita tadi kenapa sumpah seranah??? mesti korang terfikir, kenapa aku letak gambar, beruk dan babi???

lau korang jadi aku korang sedih x, lau orang yang paling korang sayang dalam dunia ni selepas mak ayah korang call korang sumpah2 korang..

HEY ANAK BERUK, ANAK BABI, HEY BABI, HEY BERUK, EH POMPUAN, HEY GILA, EH BINATANG, MUNG INGAT MUNG TU POWER SANGAT??? INGAT AKU NAK SANGAT KAT KO?? PERANGAI CAM BERUK, CAM BINATANG, EE GERAM AKU,,
then aku cakap sampai hati awak cakap saya camtu, awak cakap saya ni anak beruk, anak babi?? kot ya pun nak marah, marah saya sudah la, xpayah libatkan mak ayah saya, sedih tau.. saya dah la nak exam, 14 hari je lagi, awak sabar la sikit, jangan wat saya stress gini, marah2 saya, awak tau kan ni peluang terakhir saya utuk saya kerja sebagai nurse..
AH LANTAK MUNG LA LULUS KE TAK, ADA AKU KISAH?? MUNG G R HIDUP DENGAN JANTAN LAIN, MUNG PILIH LA JANTAN MANA MUNG NAK, AKU X LARAT NAK JAGA MUNG LAGI..
aku menangis jer sehingga dia letak h.p..

Lepas korang baca mesti korang cakap aku ni macam2 an??? sebenarnya camni, tadi dia ada mesej aku, 2 mesej, then 1 call, masa tu aku tengah solat.. Siap solat aku mesej, nape sampai call?? dia reply, sibuk sangat ke sampai xleh balas mesej?? duk buat ape eh??? then aku jawab tengah solat.. blah.. blah.. blah.. mesej gaduh.. last mesej aku ada cakap camni, lantak r, jangan ingat awak jer ada hati dan persaan, xpayah contact terus la lau setakat nak paksa2 saya reply mesej awak terus, yela masa tu kan aku tangah solat.. jangan sampai saya benci awak, saya serabut tau, dah la exam dah dekat..

so tu yang dia call ngamuk2 tu.. aku terima jika ini dugaan aku. tapi dia xfaham ker keadaan aku sekarang?? stress tau, everyday revision.. 9 pagi masuk dewan exam jawab 100 soalan dalam masa 2 jam, then rehat jap untuk makan, pastu sambung balik discuss, rehat 12.45-1.30 untuk solat and lunch.. sambung balik hingga la habis 100 soalan.. lebih kurang pukul 3.30 gak.. balik lak terpaksa menunggu bas.. penat tau.. apa salah sabar 14 hari demi masa depan aku, untuk kita bersama juga.. tapi nak buat macam mana dah nasib aku.. aku harap aku bersabar.. AMIN..

2011/11/29

d.u.i.t ...... c.i.n.t.a.......ada aper dengannya???

Doa.
Usaha.
Iktikad.
Tawakkal.

Cantik
Indah
Nikmat
Tanggungjawab
Amanah

aku dah wat semuanya. insyaallah aku berjaya nanti walaupun lewat sedikit berbanding member yg lain.

hidup ini akan menjadi singkat dengan masa yang lebih singkat jika dengan hanya membuang masa.
so belajarlah bersungguh-sungguh selagi ada masa ya cik zati??.

lupakan segala musibah tapi jangan lupakan pengajaran daripadanya cik zati.. ingat tu.. cukuplah 2x failed :(

ingat! semakin banyak dugaan yang diberikan, semakin sayang ALLAH kepada umatnya.. its mean ALLAH sedang uji cik zati la tu.. sabar je ok?? 

jangan sedih jika diri x berharga, tapi tangiskan bila diri x berharga lagi.. 

hidup mesti diteruskan walaupun banyak dugaan. esok my 1st trial.. hopefully dpt 100/100.. cayalah cik zati.. mesti dapat if ada D.U.I.T tadi.




2011/11/27

tagged

kehidupan aku hari so far not bad.. sometimes boring la jugak.. tapi semua ni akan berakhir x lama lagi.. insyaallah.. sebenarnya semalam aku insomnia.. pas subuh baru aku ley tidor.. 1 more.. ayah encik aa masuk i.c.u sebab s.o.b, aku harap dipanjangkan umur.. sama2 lah kita mendoakan beliau..

My SIMPLE QUESTIONS :

1. Korang tengah buat apa?
2. Harini dah makan berapa kali?
3. Lokasi korang sekarang?
4. Lagu apa yang korang tengah dengar?
5. Di suatu sudut seseorang sedang?
6. Terjaga dari tidur korang buat apa?
7. Harini korang sakit hati dengan?
8. Ada telefon makayah tak harini?
9. BFF korang yang paling sengal?
10. Korang nak buat apa lepas update blog neh?
11. Adakah korang bahagia dengan LIFE korang sekarang?

answer for http://kerongsangpatah.blogspot.com/

1. aku tengah layan citer kat tonton.
2. nasi 1x.
3. kuantan.
4. tentang dhia by adiputra.
5. melihat aku. (ak xfham yg ni)
6. tengok hp. tgk jam kul berapa.
7. adalah sorang manusia tul, cam sial jer.. xpe mak aku bg duit tuk belanja dia.
8. ada kul 8 pg tadi tanya khabar then bgth sal ayah encik aa aku msk i.c.u.
9. bff?? sengal?? encik aa aku la.
10. nak study la tira. hang da berjaya. aku bkn rezeki lg. doakan aku yer. amin
11. no komen. i.allah aku akan bahagia bila dah pass. ko tau la kan?? then getting married..haha

selamat pengantin baru



lucu gak,, kisah dia camni, ada la sorang kwn aku ni tetiba jer msg, xpnh2 msg aku.. siapa??.. si bapa kepada seorang ank yg cute miut.. xda org len la.. classmate aku, si nazmi, die jer yg dah kawen.. sape lps ni?? aku ker?? xtau la..


tweet msg msk 
--- " a'kum. tie. nk tya. dgr kato mg nikoh doh? jo lo ko? nikoh xajak sain2.
aku--- wasalam, sape pulok sapa berita ni?? aku ajok la nati nak nikoh
--- .nazmi la. tok ke xnaik nama no. hp aku. dgr kabar angin jah. sebetulnya kena tanya empunya diri.
aku-- hahah. aku tau mg la mi. tp kelakor ase mg tanya gtu
--- ye la. aku xmerasa lg tgk kawan2 aku nikoh. rasa kecik hati lau xajak.
aku--- xdok jodoh lagi mi eh
---k la aku caya. kira kbr angin xbetul la ni??


sebenarnya kawan2 sekalian.. aku xkawen lagi ok?? dekat2 nak kawen aku jemput korang semua ok?? jadi ju kako aku semua..



terharu, dihargai @ aku yang terlebih perasan.. hehehe

yang aku nak cerita ni xda la penting sangat pun.. tp aku terasa dihargai la juga.. lau korang penah knl aku.. pasti korang knl kan encik aa aku.. heheh..

kisah 1
miggu lepas, encik aa ada call aku, punyala lama kami sembang.. dot dot dot.. encik aa pun buka cerita.. eh awak, nak tau x?? aku jwb ape?? tadi mase kat hospital, mak cerita kat saya la, 
ayah sy cakap camni " izzati hok tolok ambo tadi mai kat x-ray".
then mak jawab "mane gak, demo saloh ore kot eh"
ayah jawab "betul la."
mase encik aa aku pergi melawat kat hospital, mak die tanya " izzati duk mano loni?
encik aa aku jawab " kuantan mak" nape??
mak die jawab "ayoh tadi oyak napok izzati tolok dio g x-ray"
encik aa aku terkejut la.. for me mungkin ayah dia letih kot mase tu.. mungkin juga nurse pelatih yang tolak die ada iras2 aku.. tapi?? aku xpernah jaga ayah encik aa mase praktikal.. per korang rasa??
hehhehe.. aku yg terlebih perasan sebab ayah encik aa ingat aku walaupun tengah sakit.. terharu tau.. hahha.. mesti korang pening baca cerita aku kan???

kisah 2
aku asyik tidur lewat jer coz study.. kadang2 aku layan cerita..
dah 2 hari berturut2 aku diganggu oleh encik aa.. nasib la bertanyakan sal penyakit ayah dia.. lau nak cakap sal kawen maunya aku xlayan.. biase lepas subuh aku tidur nyenyak sampaila kul 12 baru bangun utk makan,, heheh
tapi tadi lain sikit.. ye la biase encik aa aku akan msg lps sembahyang subuh untuk tanya sal D.M ayah dia yg hypo tu.. camne aku nak tido.. die check dx stick 1.7 jer,, aku suh la dia bg benda2 manis.. tadi aku ase mengantuk sgt then aku xlayan msg encik aa yg bertanyakan sal ayah dia tu..
 pukul 9 pg die msg : "awk camne ayah ni?? still hypo, dah bg air gula.. makanan manis, tp naik 2.2 jer..
aku reply: awak, boleh x bg sy tido..nanti sy bangun sy msg la,sy ngantuk"
die reply : ok maaf ganggu.. salam.
punyala best aku tido, kul 10 pg die call aku, aku pun angkat la,, buatnya terkejut aku..
bakal mak mertua yang bercakap : "salam izzati. makcik ni, tido ker??
aku : "wasalam cik, erm tido" (bagus x aku???) hehhehe
bakal mak mertua: " zati camne pakcik ni hypo, still 2.2 dah 3x check ni.. BP ok..selera lalu.. badan sihat.. siap boleh berbual lagi..
aku: "camnila makcik, lau tubuh pakcik lemah,, bawa jer pergi hospital.. lau ok tunggu hari temujanji,,xlama dah pun.. rabu ni dah.."
bakal mak mertua : "ok zati maaf ganggu neh.. "
aku : "ok cik, kim salam pakcik..salam"

per korang rasa lau jadi aku?? heheheh terharu tau.. aku ni org asing dlm family encik aa tapi mak dia call aku tanya per patut buat.. mgkin sbb aku student nurse kot..hehehhe..





rindu

1st aku nak bgth.. aku rindu giler nak tulis blog.. walaupun aku xramai follower.. tp kurang2 ada juga kwn2 aku yg salu bace blog aku (pasan) dah ramai giler kot aku x updates.. dah bersawan pun.. aku bukan xnak update cuma xda bb nak guna.. lau ramai follower.. berbaloi gak.. hehehe..


2011/08/01

kelebihan sembahyang terawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.